Ia dibuat selepas dia mendapat maklumat berkenaan daripada laman Twitter Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Sebelum ini, berita mengenai kenaikan harga lesen memandu menjadi viral di laman sosial dan ramai yang mempertikaikan motif kenaikan harga itu.
Terdapat pengguna laman sosial yang mengutuk kenaikan harga berkenaan dan ada juga yang menjadikannya sebagai bahan troll.
Mohammad Aidil melalui tweetnya berkata, lebih ramai yang rela disaman RM300 atas kesalahan memandu tanpa lesen daripada mengambil lesen kerana terpaksa mengeluarkan belanja sehingga RM2,000.
Sejak dua hari lalu, laman sosial dipenuhi dengan status dan tweet tentang isu lesen memandu selepas Majlis Piawaian dan Pemodenan Industri Memandu Malaysia (Mapim) bertindak menaikkan harga lesen memandu.
Menurut setiausaha Mapim, Ahmad Kasim, kenaikan harga itu perlu dilakukan bagi menampung kos penaiktarafan litar memandu.