Tempat untuk Ping Blog


Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, Ping blogatau entri anda adalah salah satu cara untuk mendapatkan traffik atau pelawat ke blog dan mendapatkan pembaca penulisan anda.

Seperti diluar negara, di Malaysia sendiri terdapat banyak tempat atau laman untuk anda meninggalkan link anda atau ping entri/entry blog. Di sini,saya akan senaraikan tempat-tempat yang anda boleh jadikan tempat untuk anda Ping entri blog anda secara free/percuma.


Senarai tempat untuk ping entri blog di Malaysia secara percuma ;

1. Busuk 
2. Innit (sudah bertukar kepada nuffnagX)
7. Oh! Belog terima kasih kepada Princess Ayu
8. Blogr
11. PingJe | 

Senarai dibawah pula adalah tempat yang anda boleh gunakan untuk Ping selain di Malaysia.


Anda juga boleh meletakkan link blog anda di tempat blog directory. Ini fungsinya seperti Yellow pages, dimana anda akan mendaftar blog anda dan kemudian blog akan disenaraikan didalam niche yang anda telah pilih secara PERCUMA! Jika menjadi 'Feature Blog', rezeki anda memperoleh traffik yang tinggi.


Kenapa mesti Ping? dan apa Kelebihan Nya?

Mendapatkan traffik untuk blog adalah salah satu faktor untuk ping entri blog. Namun, pernah anda terdengar laman-laman tersebut mengatakan mereka adalah laman "aggregator"?

Jika anda mempunyai pagerank atau alexa ranking yang tinggi, mungkin tidak perlu lakukan ping kerana blog anda sudah pun menjadi keutamaan kepada enjin carian seperti Google mahupun Yahoo!

Namun jika pagerank hanya pada tahap yang sangat rendah seperti blog saya, haha, sinilah kebaikkan melakukan Ping. Dengan Ping entri anda di laman "aggregator" ianya akan menyebabkan blog anda lebih mudah dijumpai oleh Enjin carian (crawler) danlebih mudah untuk terindex.

Membolehkan anda terindex cepat dalam enjin carian dan dijumpai oleh enjin carian juga adalah salah satu cara atau teknik SEO.

Seperti yang pernah saya bincangkan sebelum ini, kenapa saya gemar untuk Ping blog di Busuk dan Innit? Ini cuma pandangan peribadi (termasuk promosi :p),

Busuk - Pelawat blog atau tetamu comel ramai datang dari laman tersebut. Mereka mempunyai "siterangking page view" tersendiri yang memberi linkbalik kepada blog anda dan jika anda mempromosikan web busuk, setiap klik akan menghadiahkan link anda yang berada di "sidebar referral" meningkat dan memungkinkan traffik.

Jadi ini adalah antara yang saya mampu dikongsikan. Saya sendiri masih dalam proses untuk belajar dan mendalami Ilmu berblogging. Jika terdapat kesalahan atau tersalah maklumat, mari sama-sama kita berbincang dan saya terbuka untuk menerimanya.

Semoga bersama mendapat manfaat dan selamat berblog

Note : Untuk senarai di atas, Jika anda mempunyai maklumat dan ingin menambah senarai tersebut, silalah tinggalkan pautan laman ping cadangan anda di ruangan komen dibawah. Terima kasih :)



3 comments:

Noor Aina W Azmi said...

nice post ^^ aina sdiri pun xdaftar lagi :) insha-allah i'll :)

aina tag mojat boleh?
http://chenta-taugeh.blogspot.com/2013/12/2nd-giveaway-by-artisarainbow.html

Ainim Rashihah said...

saya cuma guna busuk tu je

Tempat Ping Blog said...

thanks for the info :)

mohon kongsikan artikel di www.kongsiblog.com

thanks :)